Monday, June 24, 2013

Pelumba Basikal Terengganu Juarai Acara 132.6 KM

Pelumba Terengganu Zulfakrie Hamdan menjuarai acara 132.6 kilometer lebuh raya lelaki junior bawah 18, Kejohanan Lebuh Raya Kebangsaan 2013 yang berlangsung di Kangar semalam.

Pelumba berusia 17 tahun itu mencatat masa tiga jam, 21 minit dan sembilan saat (3:21.09s) diekori pencabar terdekat yang juga rakan sepasukan, Mohd Azri Ahmad yang ketinggalan satu minit 21 saat di belakangnya.

Mohd Azri mencatat masa 3:22.30s untuk berada di tangga kedua manakala pelumba pelapis kebangsaan, Irwandie Lakasek yang mencatat masa yang sama menduduki tempat ketiga.



Turut berkongsi masa ialah dua pelumba Johor iaitu Mohd Faruq Daud dan Muhammad Mustazlee yang masing-masing di tempat keempat dan kelima.

 Bagi acara 88.4 kilometer lebuh raya lelaki bawah 16, pelumba pelapis kebangsaan Mohd Shariz Afendi muncul juara dengan catatan 2:15.34s manakala pelumba Terengganu, Ahmad Najib Ismail yang berkongsi catatan masa di tempat kedua.

 Tiga lagi pelumba turut mencatat masa yang sama iaitu pelumba Selangor, Muhammad Izat Tolha (ketiga), pelumba Serantau MSN Muhd Adil Rosnan (keempat) dan pelumba pelapis kebangsaan Muhd Fadhil Mohd Zonis di tangga kelima.

 Penentuan kedudukan diputuskan menerusi foto penamat. Kejohanan selama dua hari bermula semalam itu dianjurkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dengan kerjasama kerajaan negeri Perlis dan Persatuan Berbasikal Negeri Perlis.

 Keputusan Ujian Masa Individu 40.6 kilometer Lelaki Elit: 1. Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (PDRM) 51 minit 20.530 saat (51:20.530s) 2. Mohd Nor Umardi Rosdi (TSG Terengganu) 52:16.392s 3. Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (TSG Terengganu) 52:32.276s 4. Ng Yong Li (Kuala Lumpur) 52:40.219s 5. Mohd Nor Ridzuan Zainal (ATM) 52:54.899s.

Keputusan Ujian Masa Individu 306 kilometer wanita elit: 1. Grace Phang Chin Zhen (Selangor) 52:33.534s 2. Jupha Som Net (Perlis) 53:32.721s 3. Nursuhada Zainal (Terengganu) 53:39.062s 4. Noor Azian Alias (Johor) 54:23.642s 5. Masziyaton Mohd Radzi (Kedah) 55:13.673s

No comments:

Post a Comment