Friday, June 7, 2013

Pembuatan Belanga Tanah Liat Antara Tarikan Di Promosi Kraf Malaysia



Demonstrasi membuat belanga daripada tanah liat secara tradisional merupakan antara tarikan pengunjung ke Promosi Kraf Malaysia 2013 di pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu, yang diadakan selama 10 hari bermula kelmarin.

Pembuat belanga, Zainab Husin, 60, berkata belanga dibuat menggunakan tangan dan disokong peralatan lain seperti kayu sebagai tapak, pisau dan kain basah.

"Setiap hari saya akan ke kampung-kampung berdekatan untuk mencari tanah liat yang sesuai untuk dibuat belanga," katanya.



Beliau berkata apabila tanah liat siap dibentuk menjadi belanga, ia kemudiannya dijemur dan dibakar selama empat hingga lima jam. Zainab yang tinggal di Kampung Mambong, Kuala Krai, berkata beliau berjaya menyiapkan belanga antara lima dan enam biji sehari.

"Harga yang dijual berdasarkan saiz iaitu antara RM15 dan RM30 sebiji," katanya yang memasarkan belanga itu di sekitar negeri ini dan pameran yang disertainya.

Beliau yang berpengalaman selama 50 tahun dalam seni pembuatan belanga berkata beliau sentiasa mendapat jemputan untuk mengadakan demonstrasi pembuatan belanga tanah liat termasuk di Kuala Lumpur, Selangor dan Terengganu.

Promosi Kraf Malaysia yang melibatkan 23 usahawan dari seluruh Malaysia itu turut mengetengahkan demonstrasi kraf seperti anyaman tikar, sulaman kelingkam, seramik tradisi dan moden.

Turut diadakan pendidikan dan interaktif kraf yang terbuka kepada semua pengunjung dan aktiviti yang dijalankan adalah mewarna batik, deko kraf seramik dan pembuatan wau.

Pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan dikir barat

No comments:

Post a Comment