Monday, June 10, 2013

Penambahbaikan Di Pulau Peranginan Untuk Gamit Pelancong - Mohd Jidin

Mohd. Jidin Shafie (tujuh dari kiri) dan Kamaruddin Ibrahim (tengah, enam dari kiri) bergambar bersama para sukarelawan program Reef Clean Up di Pulau Redang, Terengganu, kelmarin.
Kerajaan negeri Terengganu akan melakukan beberapa penambahbaikan di pulau peranginannya bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata antara yang menjadi tumpuan ialah pengangkutan pelancong asing dan infrastruktur.

"Dalam lawatan ini saya telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan pengusaha resort bagi meningkatkan pembangunan sektor pelancongan di negeri ini selari dengan kehendak dan permintaan pelancong.


"Saya turut meminta mereka penekankan aspek kekemasan tempat tinggal, pengangkutan, keselamatan serta makan minum yang memuaskan hati setiap kali pengunjung berkunjung ke temapt mereka," katanya kepada pemberita di Setiu.

Beliau berkata demikian pada siri lawatan ke pulau-pulau peranginan di Terengganu baru-baru ini. Menurutnya, antara pelancong paling ramai bertandang ke Terengganu ialah pelawat dari negara China namun aspek pengangkutan membantutkan pertumbuhan kedatangan pelancong asing ke negeri itu.

"Kita mungkin akan mengadakan rundingan dengan syarikat penerbangan bagi membolehkan penerbangan terus dari China ke Terengganu selain permintaan pelancong dari India, Singapura dan Eropah yang turut mendapat permintaan," katanya.

Mohd Jidin berkata sektor pelancongan merupakan tulang belakang ekonomi negeri dan Terengganu merupakan destinasi utama mereka.

Selain itu, beliau juga berkata kerajaan negeri akan terus mempertingkatkan kemudahan asas lain seperti jeti dan jalan raya dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu.

No comments:

Post a Comment