Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu (PPKKT), yang bergiat aktif dalam bidang perniagaan makanan ternakan haiwan, menyasarkan nilai jualan mencecah RM3 juta sepanjang tahun ini berbanding RM2.1 juta tahun lepas.
Pengurus Besarnya, Ku Bakar Ku Omar berkata peningkatan sasaran itu adalah berikutan sambutan yang semakin meningkat ahli PPKKT dan juga individu terhadap barang-barang yang diedarkan oleh pertubuhan itu.
Bercakap di Kuala Terengganu, Ku Bakar berkata PPKKT, yang merupakan pengedar ternakan sejak 15 tahun lepas di pantai timur, menyasarkan menjual kira-kira 350 tan metrik makanan haiwan.
"PPKKT mengedar makanan haiwan pelbagai jenama kepada pelanggan tetap, yang terdiri daripada PPK serta petani," katanya sambil menyatakan PPKKT melantik 15 hingga 20 individu dan PPK sebagai pengedar di Terengganu.
Ku Bakar berkata input bekalan ladang seperti baja dan racun merupakan satu lagi cabang perniagaan PPKKT, dengan unjuran kira-kira RM400,000 tahun ini, dengan tumpuan utama peralatan fertigasi di kalangan usahawan berkenaan.
Katanya mereka menghasilkan lebih 30 tan metrik melon sehingga musim menuai berakhir awal bulan ini.
No comments:
Post a Comment