Wednesday, June 26, 2013

Raja Perlis Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu kali ke-232 di Istana Negara di Kuala Lumpur

Mesyuarat dua hari bermula hari ini dihadiri semua raja Melayu kecuali Kedah yang diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah, Perak oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat itu raja-raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala yang dipertua negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi ketua menteri.

Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan bagi memuliakan Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu kali ke-232 malam ini.

No comments:

Post a Comment