Wednesday, June 26, 2013

ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Meninggal Dunia

Al Fatihah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 10.18 pagi ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri sedang menerima rawatan rapi di HSNZ sejak Khamis lalu.

Beliau dimasukkan ke HSNZ  selepas mengalami masalah penafasan.

Jenazah akan disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut petang ini.

No comments:

Post a Comment