Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini memulakan langkah berkempen membudayakan media sosial sihat laman Facebooknya.
Menurutnya, "Media Sosial Sihat" perlu diamalkan mulai sekarang dengan tidak menyebarkan fitnah, membuat persepsi negatif dan menggunakan kata kesat di ruangan tersebut.
"...supaya generasi muda kita yang melihat dan membaca akan membesar sebagai pemimpin masa hadapan yang terbaik," tulisnya.
Beliau juga memohon semua kenalan di laman mikro Facebooknya itu berkongsi sebagai langkah awal berkempen ke arah penggunaan media sosial yang lebih sihat.
Sebelum ini, media melaporkan pelbagai isu berkaitan penggunaan media sosial yang menyalahi undang-undang.
Laporan-laporan itu, termasuklah isu penderhakaan kepada raja, isu perkauman, isu yang berbaur hasutan, seks dan sebagainya yang boleh menggugatkan keharmonian masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment