Ahli Parlimen Johor Baharu, Tan Sri Shahrir Samad dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi penggal Parlimen ke-13.
Pemilihan Shahrir dibuat sebulat suara dalam mesyuarat BNBBC pada Selasa selepas pembukaan mesyuarat pertama, penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Sebelum ini bagi penggal Parlimen ke-12, BNBBC dipengerusikan Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Tiong King Sing.
Shahrir yang ditemui di lobi Parlimen pada Rabu mengesahkan mengenai pemilihan tersebut.
Menurut Shahrir, mesyuarat tersebut juga bersetuju untuk mengekalkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin sebagai Timbalan Pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Johor Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.
Shahrir yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah memimpin BNBBC bagi penggal Parlimen ke-11 selama dua tahun sebelum meletak jawatan pada 2006.
No comments:
Post a Comment