Friday, June 14, 2013

Sukma - Terengganu Tidak Letak Harapan Tinggi Raih Pingat Dalam Sukan Woodball

Persatuan Woodball Negeri Terengganu meletakkan sasaran sebuah pingat tanpa mengira warna pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 7 Julai depan.

Presidennnya Salim Mahfudz berkata sasaran tersebut adalah realistik berdasarkan pengalaman terhad dan pencapaian semasa yang memberangsangkan pasukan negeri dalam beberapa kejohanan tempatan. Katanya, pasukan negeri dibentuk pada tahun lepas memandangkan sukan tersebut adalah antara beberapa sukan baharu yang diperkenalkan dalam Sukma edisi kali ini.

"Untuk itu, kita telah menyenaraikan 10 atlet lelaki dan 10 wanita yang dihasilkan menerusi pencarian bakat di seluruh daerah. "Walaupun baharu, kita harap pasukan kita boleh ambil peluang dan pengalaman belajar daripada kejohanan tersebut," katanya kelmarin.

Venue kejohanan Woodball akan berlangsung di Taman OUG Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur bermula 29 Jun hingga 4 Julai.

Salim berkata kesemua atlet berkenaan diletakkan dibawah kendalian jurulatih berpengalaman Mohd Noor Jambol dari Kerteh, Kemaman.

Katanya, atlet negeri itu telah menyertai Kejohanan Terbuka Terengganu akbir bulan lepas dan Kejohanan Kebangsaan 2013 di Klang, Selangor, minggu lepas yang menyaksikan pasukan lelaki telah muncul juara dalam kategori bawah 21 tahun.

No comments:

Post a Comment