
Pengarah JPNT Azizah Awang berkata program tahunan ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman orang ramai mengenai dasar negara.
"Ia khusus dalam Gagasan 1Malaysia selain memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan pelbagai kaum," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, semalam.
Pertandingan bertemakan nilai murni itu menawarkan hadiah wang keseluruhan berjumlah RM5,100 dengan juara bakal menerima RM1,500, naib juara (RM1,000), ketiga (RM500) dan tujuh hadiah sagu hati RM300 setiap peserta.
Azizah berkata pertandingan ini juga diharap dapat mengekalkan dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat terutamanya generasi muda.
No comments:
Post a Comment