Acara Kata lelaki melibatkan kontinjen Terengganu yang diwakili Mohd Sahril Hafiz Abd Wahab dan Muhamad Amin Asyraaf Amir Hamzah semalam menyumbang pingat emas pertama kepada negeri itu dengan mengumpul 368 mata.
Perak milik Koo Kah Joon/Lim Zheng Jie dari Pulau Pinang dengan 355 mata manakala gangsa dikongsi kontinjen Selangor menerusi Lee Kai Hung/Lee Kai Tsern dan Nik Mohamad Alfian Nik Azman/Mohamad Ashmad Othman dari Kedah, masing-masing dengan 327 dan 326 mata.
Sementara itu, pasangan adik-beradik dari Pulau Pinang mencuri tumpuan pada hari ketiga Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 apabila meraih pingat emas pertama dalam acara Kata wanita di Gimnasium 1, Majlis Sukan Negara (MSN) Sabtu.
Koo Kah Min, 19, dan Koo Kah Chien, 14, yang membuat penampilan sulung dalam temasya sukan itu acara judo itu, mempamerkan aksi cemerlang dengan memungut 365 mata untuk mengalahkan kembar Low Er Yie dan Low Er Zhen dari Selangor dengan 360 mata.
Gangsa dikongsi oleh Nor Aini Mohd Tajuddin/Izzah Syafiqah Mohd Yunus dari Terengganu dengan 353 mata dan Nurul Ain Atiqah Mohd Rosli/Siti Nurshafiqah Husin dari Johor dengan 352 mata.
"Saya gembira dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada jurulatih atas tunjuk ajar mereka kerana ini merupakan kali pertama kami menyertai Sukma dan terus meraih emas," kata Kah Min selepas upacara penyampaian pingat diKuala Lumpur.
Kah Min berkata mereka tidak menjangka akan mengutip pingat dalam acara itu kerana kurang pengalaman berbanding atlet lain, namun atas dorongan jurulatih mereka memberikan yang terbaik untuk memenangi pingat.
Secara keseluruhan, kontinjen Wilayah Persekutuan mendahului kedudukan carta pungutan pingat hari ketiga temasya dengan dua emas dan sebutir perak.
Negeri Sembilan tidak berubah dengan pungutan semalam turun satu anak tangga ke tempat kedua dengan dua emas dan satu gangsa, diikuti Pulau Pinang dengan satu emas dan tiga perak.
Antara acara tumpuan Ahad ialah bina badan, ekuestrian, gimnastik, judo dan lawan pedang.
No comments:
Post a Comment