Tuesday, June 4, 2013

Warga Banglaadesh Mengundi di PRU Hanya 'Rekaan' - Suruhanjaya Tinggi


Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur menangkis dakwaan bahawa 40,000 orang warganya dibawa masuk untuk mengundi dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Pesuruhjaya Tinggi AKM Atiqur Rahman menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai “tidak masuk akal” dan turut menyebabkan seramai setengah juta pekerja Bangladesh di negara ini terdedah kepada penganiayaan. 

Dari segi logistik, jumlah berkenaan juga tidak mungkin dapat dibawa masuk dalam tempoh seminggu, sama ada melalui Biman Bangladesh, Malaysia Airlines atau mana-mana penerbangan sekalipun.

"Propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 itu saya pasti, tidak lebih dari satu rekaan oleh kumpulan tertentu dan gambaran fakta yang salah,” katanya kepada pemberita semslsm.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh itu menyelar pihak yang mendakwa rakyatnya merupakan pengundi hantu semasa pilihan raya umum ke-13, di Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata propaganda bahawa warga Bangladesh mengundi dalam PRU13 itu ‘cuma rekaan oleh beberapa kumpulan berkepentingan dan gambaran fakta yang salah semata-mata” katanya.

Katanya, dakwaan sesetengah pihak menerusi media sosial bahawa terdapat 40,000 warga Bangladesh telah datang ke Malaysia dalam tempoh seminggu untuk mengundi dalam PRU13, adalah tidak masuk akal.

Atiqur berharap semua pihak mengelakkan diri daripada menyebarkan khabar angin melalui media cetak, media elektronik mahupun media sosial dan tidak sepatutnya mengaitkan Bangladesh dalam isu domestik Malaysia.

“Kita percaya bahawa undang-undang berkaitan di Malaysia dan Bangladesh tidak membenarkan dan meluluskan pengudian sedemikian,” katanya.

Beliau berkata propaganda xenofobia itu boleh meletakkan kumpulan sasaran terutama pekerja Bangladesh dalam risiko yang lebih besar daripada penderaan fizikal, mental dan sukarela.

Sehingga kini katanya, Pesuruhanjaya Tinggi tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mana-mana warga Bangladesh ‘secara salah dan dengan niat jahat mengundi mengundi dalam PRU13′.

No comments:

Post a Comment