Tuesday, June 4, 2013
Polis Teerengganu Tubuh Unit Khas Pantau Hasutan Media Sosial
Polis Terengganu menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran maklumat berbaur hasutan dan fitnah menerusi media sosial di negeri itu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati berbuat demikian.
Setakat ini kegiatan itu tidak dikesan di negeri ini, namun pihak polis tetap melakukan pemantauan secara berterusan, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai kegiatan sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka 'Red Bean Army', yang menggunakan medium siber untuk menyebarkan mesej berbaur hasutan dan fitnah terutama terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Pada masa yang sama Jamshah turut mengingatkan penggiat media sosial agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan maklumat berbaur hasutan dan fitnah yang diterima mereka.
Katanya pengamal media sosial harus peka dengan persekitaran kerana maklumat sedemikian mudah tersebar serta membawa kesan psikologi yang besar dalam kalangan rakyat.
No comments:
Post a Comment