Wednesday, July 3, 2013

10 wanita Thailand dijel sebulan, denda RM500

Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu, semalam  menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM500 atau dua minggu penjara jika gagal menjelaskan denda terhadap 10 wanita warga Thailand.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris membuat keputusan itu selepas tertuduh, Chalida Namnon, 23; Nutphatsorn Phakhot, 37; Wipaporn Khumpon, 26; Sunisa Tamat, 19; Pharaison Siriburee, 24, Sudarat Kanjak, 27; Napalai Lueprom, 24; Jeeraporn Joonok,20-an; Niyuda Chaleephan, 20-an; dan Sawanya Boonprasit, 20-an mengaku bersalah melanggar syarat pas lawatan yang diberikan.

Kesemua mereka mengaku bersalah menyalahgunakan pas lawatan yang diberikan apabila bekerja sebagai tukang urut ketika serbuan dilakukan di sebuah premis urut di Jalan Sultan Sulaiman, kira-kira jam 5.10 petang, pada 5 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Jabatan Imigresen Rusni Ahmadun @ Rozi manakala kesemua mereka tidak diwakili peguam.

Taktik sebuah premis di bandar raya ini yang berselindung di sebalik nama pusat urut bagi mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya terbongkar apabila dipercayai turut menawarkan khidmat seks dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Terengganu.

No comments:

Post a Comment