.jpg)
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, kini terdapat lebih 300 orang pelajar Terengganu yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar, Iskandariah dan Mansoura di Mesir.
"Sejak dua tahun lepas kita sudah tidak hantar lagi pelajar-pelajar baharu ke Mesir, yang ada di sana ialah pelajar-pelajar lama di tahun tiga hingga lima,” katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Yayasan Terengganu semalam.
Beliau berkata, demikian ketika ditanya berhubung keselamatan pelajar-pelajar Terengganu berikutan pergolakan yang sedang berlaku di Mesir sekarang.
Mazlan berkata tindakan memanggil pelajar-pelajar di Mesir itu pulang ke tanah air bergantung kepada keputusan kerajaan persekutuan.
"Kalau kerajaan persekutuan memutuskan mereka pulang, maka kita akan memanggil mereka pulang,” katanya. elihara
No comments:
Post a Comment