Monday, July 8, 2013

2 Balu Askar Terharu Terima Darjah Kebesaran

Dua balu askar yang terkorban semasa Ops Daulat di Lahad Datu Sabah melahirkan rasa terharu atas anugerah Darjah Kebesaran kepada suami masing-masing sempena ulang tahun ke-51 Keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, semalam.

Rosiah Dahlan, balu kepada Allahyarham ACP Ibrahim Lebar begitu terharu kerana pengorbanan suaminya terhadap negara telah diiktiraf oleh pihak berkuasa.

"Penganugerahan Darjah Kebesaran oleh Sultan Terengganu itu sangat-sangat saya hargai dan saya terharu dengan pengiktirafan kerajaan di atas pengorbanan suami saya itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis itu.

Sambil mengalirkan air mata, Rosiah berkata beliau masih lagi merasa sedih di atas kehilangan suami tercinta dan ingatan itu kini semakin kuat walaupun ia telah lama berlalu.

Sementara itu, Noor Aziah Noor balu kepada ASP Zulkifli, yang kini sedang mengandung enam bulan pula melahirkan rasa syukur di atas pengurniaan Darjah Kebesaran itu.

"Saya rasa terharu di atas perngurniaan ini kerana jasa arwah telah dibalas dengan penghormatan yang tinggi," katanya yang datang bersama ibu mertuanya Khadijah Ismail, 64.

Pada istiadat itu mereka berdua bagi pihak suami masing-masing dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z). Mereka adalah antara 107 orang yang dianugerahkan darjah kebesaran negeri.

No comments:

Post a Comment