Thursday, July 18, 2013

200 Unit Rumah Flat Dibangunkan Di Pulau Perhentian

Ahmad Said melawat Pulau Perhentian sempena Mesyuarat Exco pada Mei 2012.
Kerajaan Terengganu sedang membina 200 unit rumah flat di Pulau Perhentian bernilai kira-kira RM33 juta untuk penduduk di pulau tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata projek yang bermula setahun lalu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun lagi jika segala perancangan dibuat mengikut jadual.

"Esok (hari ini) saya akan ke Pulau Perhentian untuk memantau projek tersebut termasuk pembinaan masjid baru bernilai RM12 juta di Pulau Perhentian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di Pejabat Daerah Besut semalam.

Katanya, kerajaan negeri juga telah membina 555 unit rumah mampu milik di Kuala Besut, 200 lagi dalam pembinaan dan 72 unit pengsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh.

Menurutnya kerajaan juga merancang untuk membina 500 lagi rumah mampu milik dalam kawasan Kuala Besut selepas ini.

No comments:

Post a Comment