Menteri Besar Terangganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan pembangkang bahawa tidak balik kampung selepas dipindahkan ke Putrajaya. Beliau yang juga pengerusi Umno negeri menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "fitnah".
"Mereka mendakwa kerja di Putrajaya, tak balik kampung. Dia baru dipindahkan tiga bulan. Tapi dah kerja lima tahun di Besut. Isteri (seorang guru) dia pun belum bertukar (sekolah lagi).
"Mereka sanggup fitnah. Rakyat perlu tolak (dakwaan ini) dengan memberi kemenangan selesa (kepada calon BN)," katanya
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Perasmian dan Peletakan Batu Asas Pangsapuri Mampu Milik 4 Tingkat di Kampung Tok Saboh, Kuala Besut.
Dalam kenyataan media Setiausaha Agung Mustafa Ali semalam, beliau mendakwa beliau dimaklumkan bahawa calon BN ini kurang dikenali oleh masyarakat setempat.
"Ada macam-macam versi tentang calon BN ini, ada yang kata dia (Tengku Zaihan) dilahirkan di sini dan mempunyai keluarga di Kuala Besut ini, ada yang kata pula dia tak lahir di sini, dan tidak dibesarkan di sini, cuma keluarganya ada di sini...
Banyak persoalan tentang calon BN ini yang kita terima maklum balas dari orang ramai," kata Mustafa.
Bagaimanapun, Mustafa menegaskan beliau tidak berniat untuk membuat serangan peribadi kepada calon BN yang ditampilkan oleh Umno.
Tinjauan Malaysiakini sebelum ini juga, rata-rata masyarakat Kuala Besut kurang mengenali Tengku Zaihan sekalipun bapanya amat terkenal di kawasan tersebut dan mempunyai keluarga besar di Kuala Besut.
Dalam ucapan yang sama juga, Ahmad Said kesal dengan rakyat Terengganu yang membuatkan 15 kerusi DUN Terengganu tumbang kepada pembangkang.
Sedangkan, katanya, kerajaan negeri telah melakukan perlbagai usaha termasuk meluluskan lot rumah dam memberikan peruntukan RM1 juta untuk setiap DUN.
"Jadi 32 juta untuk 32 DUN. Jadi saya tidak tahu apa rakyat Terengganu nak (lagi) sehingga 15 kerusi kalah," katanya.
No comments:
Post a Comment