Sunday, July 14, 2013

Kerajaan BN Tunai Janji Bina Rumah Untuk Rakyat Di Pesisiran Pantai Kuala Besut


Janji Ditepati...Hanya Kerajaan BN Mampu Melakukannyaa.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tahun lalu mengatakan kerajaan negeri memutuskan untuk memindahkan penduduk terutama mereka yang tinggal di persisiran pantai dan sering terdedah kepada risiko berlakunya ombak besar di Kuala Besut untuk  memohon rumah yang akaan dibina oleh kerajaan negeri.

Semalam, peletakan batu asas projek pembinaan 72 unit pangsapuri empat tingkat penempatan semula mangsa air pasang besar di Kampung Pengkalan Atap dilangsungkan.

Ia disempurnakan pada satu majlis khusus oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Projek pangsapuri tiga bilik melibatkan kos lebih RM10 juta itu dibina di kawasan seluas 720 kaki persegi di tanah milik kerajaan di Kampung Lay Out Tok Saboh, Kuala Besut.

Berucap pada majlis perasmian itu, Muhyiddin berkata pembinaan rumah tersebut membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO tidak pernah meminggirkan golongan kurang bernasib baik sebagaimana yang didakwa parti politik tertentu.

Beliau berkata apa yang dilaksanakan itu merupakan dasar yang diterapkan kerajaan BN sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, selaras dengan syiar Islam iaitu menangani soal kediaman dan membantu umat Islam memperoleh kehidupan lebih baik.

Amat nyata pembinaan pangsapuri itu adalah satu lagi usaha kerajaan BN untuk menolong penduduk mendapat rumah kediaman lebih selesa.

Muhyiddin  berkata: "Projek ini memberi pengertian cukup besar kepada masyarakat dan bagi kerajaan ia merupakan tanggungjawab dan pilihan yang akan diteruskan tanpa mengehadkan peluang kepada golongan tertentu sahaja.

"Pilihan ini tidak boleh diabaikan kerana setiap rakyat mahu merasa lebih selamat dan selesa, jadi tugas kerajaan ialah (untuk) terus penuhi tuntutan itu," katanya.

Hadir sama di majlis itu Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Ahmad Said yang meluluskan peruntukan berkenaan sebelum ini mahu melihat nasib penduduk

Ahmad Said pula berkata, pemindahan penduduk ke kawasan tersebut yang merupakan tanah kerajaan, malah, rakan-rakan mereka yang tidak mempunyai rumah,  juga akan ditempatkan di kawasan ini.

"Mereka ini miskin, kita tidak jual kepada mereka. Tuan-tuan boleh faham maksud ayat itu. Mereka mungkin tinggal percuma di rumah ini," katanya.

Menurutnya lagi, 500 unit rumah lagi akan dibina di Kuala Besut dan menafikan majlis itu dibuat kerana pilihan raya kecil itu, sebalik ia telah dijadual lebih awal sewaktu bekas ADUN dan exco Datuk A Rahman Mokhtar masih hidup.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, turut memuji langkah kerajaan Terengganu yang berusaha menyediakan perumahan kepada rakyat, iaitu dengan sasaran 10 ribu unit pada tempoh lima tahun.

Langkah itu adalah menepati juga dengan dasar kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mahu menyediakan perumahan kepada rakyat, termasuk golongan yang berpendapatan rendah.

Tan Sri Muhyiddin memberitahu, dalam aku janji kerajaan BN dalam PRU 13 yang baru lalu, sebanyak 1 juta unit rumah akan di bina dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, kementerian berkaitan sedang mengambil langkah-langkah wajar bagi menentukan taburan projek tersebut supaya meliputi seluruh negeri.

No comments:

Post a Comment