Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Terengganu menambah bekalan daging dengan mengimport 1,468 ekor lembu dan 103 kerbau dari Mei hingga Julai lepas.
Pengarah JPV Negeri Dr Marzuki Zakaria berkata pada masa yang sama pihaknya turut mengimport 339 ekor kambing biri-biri.
Kesemua haiwan ini didatangkan dari seluruh Malaysia.
"Kita harap masalah bekalan daging tidak timbul di negeri ini pada bulan Ramadan serta hari raya ini dengan tambahan bekalan tersebut," katanya.
Beliau berkata bekalan telur ayam di Terengganu tahun ini dijangka meningkat sebanyak 20 peratus dari 6 juta biji tahun lepas kepada 7.2 juta biji, namun bekalannya dijamin mencukupi.
Marzuki turut mengingatkan penyembelihan haiwan ternakan perlu mendapat pemit.
No comments:
Post a Comment