Wednesday, July 31, 2013

AirAsia Tawar 12,000 Tempat Duduk Untuk Destinasi Domestik Dan Antarabangsa

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, menawarkan 12,000 tempat duduk untuk penerbangan domestik. Tempat duduk itu boleh ditempah secara dalam talian di www.airasia.com mulai sekarang hingga 4 Ogos untuk perjalanan dari 20 Ogos hingga 31 Okt.

AirAsia berkata penumpang hanya perlu membayar cukai dan RM26 untuk perjalanan ke Alor Setar, Kota Baharu, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Langkawi dan Pulau Pinang.

Syarikat penerbangan itu juga menjalankan satu lagi promosi, tambang promosi termasuk semua untuk tempoh perjalanan akhir tahun iaitu dari 1 Nov hingga 23 Jan, daripada serendah RM39 sehala untuk destinasi domestik dan antarabangsa seperti Bangkok, Singapura, Guilin, Surabaya, Vientiane dan banyak lagi.

Tambang ini ditawarkan untuk penerbangan yang berlepas dari hab AirAsia di Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor Baharu, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya dalam kenyataan kelmarin.

Pengguna digalakkan membuat tempahan awal untuk pemeriksaan masuk bagasi secara dalam talian bersama tempahan penerbangan bagi membolehkan mereka memperoleh penjimatan sehingga 66 peratus berbanding pemeriksaan masuk beg di lapangan tebang, kata AirAsia.

No comments:

Post a Comment