Wednesday, July 31, 2013

MKJR Anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan


Kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2013 anjuran Majlis Keselaman Jalan Raya (MKJR) Negeri Terengganu akan diadakan di hadapan Dewan Sivik Kampung Jabi, Besut, pada 4 Ogos ini (Ahad).

Adun Jabi merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan, Mohd Iskandar Jaafar bakal merasmikan program itu, kira-kira jam 5 petang.

Menurut penyelaras program, program MKJR itu dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi; Jabatan Keselamatan Jalaan Raya (JKJR) Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Besut, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Untuk rekod, MKJR diwujudkan bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, menjalankan kajian keselamatan jalan raya dan menyelaras tindakan seperti meningkatkan tahap kesedaran keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya dan menyebarkan informasi berkaitan keselamatan jalan raya.

Selain itu, MKJR juga memastikan kejuruteraan jalan selari dengan aspek keselamatan jalan raya, memberi nasihat kepada kementerian pengangkutan dalam hal berkaitan keselamatan jalan raya serta menyelaras tindakan keselamatan jalan raya oleh mana-mana jabatan , pertubuhan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan.

No comments:

Post a Comment