Monday, July 15, 2013

Annuar - Prestasi Kerajaan Negeri Terengganu Model Yang Berjaya


Rakyat Kelantan yang berjiran dengan Besut dapat melihat prestasi Kerajaan Negeri Terengganu sebagai model yang berjaya sama ada dalam bidang ekonomi, pelancongan, prasarana dan pendidikan.

"Jadi tiada sebab rakyat Kuala Besut akan terikut-ikut hendak meniru Kelantan," demikian menurut Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, Kuala Besut masih kubu kuat BN dan sukar dipengaruhi politik Pas Kelantan meskipun ia bersempadan dengan negeri yang ditadbir Pas itu.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, itu menjelaskan, sebaliknya pemerhatian beliau mendapati pengaruh BN Besut melangkau ke kawasan-kawasan Kelantan yang bersempadanan dengan Besut. Ini terbukti apabila BN menguasai Parlimen Machang dan Ketereh serta Dun Selising di kawasan Parlimen Pasir Puteh.

"Secara umumnya walaupun kita berjiran, pengaruh (Pas) dari Kelantan tidak mampu menumbangkan BN pada PRK Kuala Besut nanti kerana polar politik dan cara rakyat membuat keputusan antara Kelantan dan Terengganu tidak sama," kata Anggota Parlimen Ketereh itu.

Annuar berada di Kuala Besut malam kelmarin untuk menyokong kempen calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan bertemu penduduk di sekitar Kampung Gong Nering.

No comments:

Post a Comment