Monday, July 22, 2013
Anwar Anggap Orang Miskin Sebagai 'Hamba BN' Yang Menindas
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penerima pelbagai bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai 'hamba' kerana berterusan menyokong parti pemerintah itu.
Ketua Pembangkang itu berkata, pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut tidak seharusnya menghambakan diri kepada sebuah kerajaan yang didakwa menindas rakyat.
"Kita tak boleh jadi hamba, kena merdekakan rupa dan jiwa kita. Jangan hanya RM500 kita tukar orang merdeka...jiwa bebas jadi hamba.
"Lagi miskin, lagi kuat sokong Umno. Tak ada salah orang miskin dapat RM500, tapi salah kalau orang miskin yang dapat RM500 tapi jadi hamba kepada orang yang menindas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Tok Sabah di malam semalam.
Dakwa Anwar, BN gagal memainkan peranannya sebagai sebuah kerajaan yang baik kerana membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan walaupun negara mempunyai hasil bumi yang tinggi.
"Hanya kerana bantuan RM500 kita jadi hamba. Tadbir negara bukan begitu," katanya. Kenyataan Anwar itu dilihat merujuk kepada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) siri satu dan dua yang diberikan kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Selain itu mengulas mengenai sasaran PAS untuk mewujudkan sutuasi 'DUN tergantung' 16:16, Anwar berkata matlamat itu akan membawa pembaharuan dalam sistem politik Terengganu.
"Ini sesuatu yang luar biasa, jika PAS menang, rakyat Terengganu akan mencipta peta baru sejarah politik negara," katanya.
No comments:
Post a Comment