Friday, July 5, 2013
BN Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut - Ahmad Said
Barisan Nasional (BN) Terengganu kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, walaupun terdapat ura-ura parti pembangkang akan memulaukannya.
Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak kisah sama ada DAP atau PAS mengadakan pakatan untuk memulau pilihan raya itu.
"Namun, kita BN telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu. Kita telah mengemukakan tiga nama anak tempatan dan telah dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya," katanya ketika ditemui pada majlis pemasyhuran Istana Syarqiyyah, istana baharu Sultan Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat Terengganu, akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lalu.
Pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS Napisah Ismail.
No comments:
Post a Comment