Friday, July 5, 2013

Sukma 2013 - Terengganu Sapu Bersih Lapan Pingat Emas Acara Mendayung


Terengganu berjaya menyapu bersih lima pingat emas yang ditawarkan pada hari terakhir acara mendayung pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 di Pusat Latihan Rowing Kebangsaan, Empangan Batu, Ulu Yam, dekat Kuaala Lumpur, kelmarin.

Emas Terengganu diperoleh menerusi Nur Fatiha Che Yon Rani dalam acara acara perseorangan wanita scull (W1X), double scull (LW2X) (Nor Shazlin Che Adnan/Che Ku Nurul Asma' Cheku Abdullah, dan acara berempat lightweight (LW4-) oleh gandingan Ika Natasha Yahya/Siti Niartun Aniqah Anirad/ Kasyifah Mohiddin/Siti Ratin Nabilah Mohd Ashini). 

Pingat emas kempat dan kelima Terengganu dipungut masing-masing menerusi acara berpasangan wanita (W2) dan pasukan  lelaki coxed eight.



Ketua jurulatih Terengganu, Mohd Shahrol Mat Saad berkata beliau berpuashati dengan kejayaan cemerlang anak didiknya yang giat menjalani latihan sejak Disember lepas.

Mohd Shahrol, 31, berkata kejayaan tersebut juga membuktikan bahawa Terengganu masih kekal sebagai kuasa besar sukan mendayung walaupun mendapat saingan sengit daripada pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata harapanya selepas Sukma adalah untuk melihat anak buahnya mampu pergi ke peringkat yang lebih tinggi lagi setidak-tidaknya dapat mewakili negara ke peringkat Sukan SEA.

Ini bermakna Terengganu berjaya mengekalkan gelaran juara keseluruhan acara mendayung setelah mengutip lapan pingat emas dan satu pingat perak berbanding lima emas, satu perak dan dua gangsa pada edisi 2011 di Kuala Lumpur.

Menurutnya, rekod Terengganu tahun ini mengatasi catatan pingat keseluruhan yang diraih mereka pada edisi 2011 di Kuala Lumpur dengan kutipan lima emas, satu perak dan dua gangsa.

Dayungan emas Terengganu itu turut membolehkan juara bertahan Sukma itu unggul menerajui carta kedudukan pingat dengan pungutan 16 pingat emas, 10 perak dan lapan gangsa.

Wilayah Persekutuan yang menerajui kedudukan pingat sehingga Isnin lalu, sebelum dipintas Terengganu, sehari kemudian kekal berada di tangga kedua dengan pungutan 11 emas, sembilan perak dan 16 gangsa. 

No comments:

Post a Comment