Tuesday, July 30, 2013

FAMA Lahirkan 248 Usahawan IKS Di Terengganu

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu telah berjaya melahirkan 248 orang usahawan dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri itu dalam masa tujuh tahun lalu. 

Pengarah Fama Negeri Hasan Jusoh berkata kebanyakan usahawan itu bergiat dalam bidang makanan dan minuman, dengan sembilan daripada mereka mempunyai modal melebihi RM1 juta.

"Semua usahawan di bawah bimbingan Fama itu boleh dianggap berjaya," katanya, sambil menyatakan bahawa pada tahun lepas, nilai jualan mereka dianggarkan melebihi RM36 juta.

Pada tahun ini, katanya Fama merancang melahirkan empat orang usahawan 1Malaysia Best. Selain itu, beliau berkata Fama akan mengadakan karnival industri asas tani daerah Kemaman di tapak letak kereta Pejabat Daerah Kemamanhari ini.

Program itu bertujuan memperkenalkan dan mempromosikan produk keluaran usahawan tempatan kepada pengguna dan sebagai ruang bagi usahawan untuk meluaskan pasaran, katanya.

Menurutnya, yang lebih penting ia menjadi medan bagi menjalinkan hubungan perniagaan antara usahawan dan pemborong dan peruncit.

Hasan berkata program sehari itu akan dipenuhi dengan pelbagai aktivkti seperti jualan, demonstrasi masakan dan ujian rasa produk, yang dijangka disertai 40 usahawan termasuk dari luar Terengganu.

No comments:

Post a Comment