Tuesday, July 30, 2013

Muzium Terengganu sasar suku juta pelawat

Muzium Negeri Terengganu di Bukit Losong di sini menyasarkan 250,000 pelawat tahun ini.

Penolong Kurator Bahagian Perhubungan dan Pemasaran Mohd Saberi Muda berkata sasaran itu boleh dicapai berdasarkan jumlah pengunjung dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini ialah 95,036 orang. 

"Kami telah menyediakan pelbagai program sepanjang tahun untuk menarik orang ramai datang ke muzium," katanya.

Beliau berkata daripada jumlah pengunjung itu, hampir 2,000 pelawat adalah pelancong luar negara.

Mohd Saberi berkata dalam tempoh enam bulan tahun itu juga terdapat hampir 20,000 pengguna perkhidmatan muzium seperti mengadakan majlis kenduri kahwin dan sebagainya.

Beliau berkata selain muzium negeri, terdapat muzium daerah seperti di Dungun, Kemaman, Besut dan Setiu.

No comments:

Post a Comment