Hotel Permai Kuala Terengganu, syarikat perhotelan milik kerajaan negeri akan menjalankan kajian untuk mengenal pasti keperluan golongan kurang bernasib baik di Terengganu.
Pengerusinya Left Jen (B) Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar berkata ia sebagai kesinambungan daripada program sumbangan hotel itu kepada golongan kurang berkemampuan sepanjang Ramadan ini.
"Kesusahan itu adalah subjektif...jadi bentuk keperluan yang ingin kita salurkan mestilah memenuhi keadaan semasa penerima," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan pengamal media di hotel berkenaan di Kuala Terengganu, kelmarin.
Katanya kajian itu mungkin akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Pelajaran Negeri.
Lebih 120 anak yatim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Budiman dan Yayasan Baitul Sakinah Kuala Terengganu diraikan pada majlis tersebut.
No comments:
Post a Comment