Friday, July 19, 2013

Husam Akui: PAS Tak Akan Boleh Bentuk K'jaan T'ganu Sekalipun Menang Di Kuala Besut

Menang pun tak boleh bentuk kerajaan...Husam Musa
PAS tidak akan boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu sekalipun menang dalam pilihan raya kecil di Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.

"Cumanya nanti mereka (BN) tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan tindakan populis itu hanya bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut.

Selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lepas, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR.

Sementara itu, Husam yang juga pengarah pilihan raya kecil PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut.

Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian.

No comments:

Post a Comment