Saturday, July 20, 2013
PRK Kuala Besut: Lebih 1,000 Layak Undi Awal Hari Ini
Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung hari ini.
Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.
Undian awal itu juga menyaksikan pengundi mencelup jari ke dalam dakwat kekal, berbanding kaedah mencalit pada kuku semasa pilihan raya umum Mei lalu.
PRK Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku ABd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 24 Julai ini sebagai hari pengundian bagi 16,534 pemilih biasa.
No comments:
Post a Comment