Sunday, July 14, 2013

Isteri Allhyaarham Dr A Rahman Mokhtar Doakan Kemenangan Tengku Zaihan

Isteri  Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar , Azizah N. Omar, 53, mendoakan kemenangan Tengku Zaihan, yang akan dicabar calon PAS Endot@Azlan Yusof, pada pilihan raya kecil 24 Julai ini bagi meneruskan kesinambungan BN dan perjuangan arwah suaminya untuk kawasan itu.

"Ia bertepatan dengan transformasi yang dibawa oleh perdana menteri yang mahukan calon muda dalam meremajakan BN. Saya yakin dia professional dan mampu menjadi calon yang baik kalau diberi peluang," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, Dr A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan kepadanya bahawa jasa arwah suaminya tidak terhingga kerana banyak membantu penduduk setempat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menziarah keluarga Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, di kediaman mereka di Jalan Semerak di sini. Muhyiddin meluangkan masa kira-kira 15 minit bertanya khabar dan mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut itu.

Turut sama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Seri Nurliza Mahmud serta calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

"Timbalan perdana menteri berpesan kepada saya supaya sentiasa tabah menjaga anak dan tenang dalam menghadapi segala dugaan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan," kata suri rumah itu ketika ditemui pemberita.

Dr A. Rahman, 55, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri meninggal dunia pada 26 Jun akibat paru-paru berair.


No comments:

Post a Comment