Wilayah Persekutuan berjaya menebus kekecewaan 2011 apabila mengalahkan juara bertahan Selangor 16-14 untuk meraih emas acara kabaddi lelaki pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 semalam.
Bagaimanapun, skuad wanita Wilayah Persekutuan gagal mengikut jejak pasukan lelaki apabila kalah 4-2 kepada Selangor pada saingan akhir di Dewan Serbaguna, Sekolah Sukan Bukit Jalil .
Pingat gangsa acara lelaki dikongsi bersama oleh Negeri Sembilan dan Kedah manakala dalam acara wanita, Negeri Sembilan dan Terengganu berkongsi pingat gangsa.
Jurulatih Wilayah Persekutuan R. Balamurugan berpuashati dengan kejayaan anak didiknya menebus kekecewaan edisi 2011 dengan mengalahkan Selangor.
"Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh barisan pemain yang kebanyakkannya muka-muka baharu," katanya.
Untuk rekod, tuan rumah Sukma 2012, Pahang tidak menganjurkan sukan kabaddi sebaliknya memberikan tumpuan kepada sukan pilihan yang lain.
No comments:
Post a Comment