Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.
Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang mengambilkira kehendak tempatan dan calon yang 'winable".
“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik" katanya. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.
Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’
Anak kelahiran tempatan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.
“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus dan anak kepada veteran Umno.
Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.
Teganukita
No comments:
Post a Comment