Wednesday, July 10, 2013

Naib Canselor UMT Terima Dua Anugerah


Naib Censelor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo baru-baru ini menerima dua anugerah iaitu Anugerah Geosaintis 2013 dan Anugerah Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) 2013.

Menurut kenyataan UMT, Ibrahim menerima Anugerah Geosaintis daripada Persatuan Geologi Malaysia pada 8 Jun 2013 di Kinta Riverfront Ipoh sebagai penghormatan komuniti geosains atas sumbangan beliau dalam bidang itu kepada negara dan rantau ini.

Pemilihan beliau adalah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang sarjana, penyelidik dan malim pendidik terbilang dalam geologi kejuruteraan tropika, inovasi pemulihan geologi, terutama dalam bidang geopark negara dan dunia serta pembangunan lestari utilisasi sumber bumi tanpa musnah.

Anugerah Alumni SMSAH, yang julung-julung kali diadakan, disampaikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada 30 Jun lepas bagi mengiktiraf Ibrahim sebagai bekas pelajar sekolah itu kerana memberi sumbangan besar kepada sekolah, negeri dan negara selepas menamatkan pengajian.

No comments:

Post a Comment