Wednesday, July 3, 2013

Lions XII juara baharu Liga Super 2013


Secara rasmi, Lions XII muncul sebagai juara baharu Liga Super selepas menepati ramalan dengan mudah menjinakkan Felda United 4-0 di Stadium Jalan Besar, Singapura, sebentar tadi.

Seperti yang dijangka, wakil Singapura itu tidak berdepan masalah untuk membuka jaringan menerusi gol sendiri pemain Felda, Azrul Ahmad pada minit ke-47.

Kapten Lions XII, Shahril Ishak meletakkan pasukannya keadaan lebih selesa apabila menggandakan kedudukan pada minit ke-58.

Skuad kendalian V. Sundramoorthy terus menghukum kerapuhan benteng pertahanan Felda apabila Fazrul Nawaz meledak gol ketiga. Shafiq Ghani memastikan kemenangan mutlak Lions XII dengan meledak gol keempat sekali gus menyaksikan trofi Liga Super yang sebelum ini menjadi milik Kelantan, berjaya merentasi Tambak Johor pada edisi tahun ini.

No comments:

Post a Comment