Wednesday, July 3, 2013

SUKMA: Wilayah Persekutuan Bertemu Kedah Perlawanan Akhir Bola Jaring

Juara bertahan, skuad bola jaring Wilayah Persekutuan menepati ramalan mara ke peringkat akhir temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2013.

 Pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam, skuad Wilayah Persekutuan mengatasi Selangor, 57-29 untuk menempah tiket ke perlawanan akhir.

Mereka akan bertemu Kedah pada perlawanan akhir hari ini.

Pemenang pingat gangsa edisi 2011, Kedah pula menempah tiket ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Terengganu, 42-37.

"Prestasi pemain kami semakin meningkat dan saya berpuas hati. Sasaran kami selepas ini ialah untuk muncul juara," kata jurulatih Kedah Huslina Hussein kepada pemberita.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain ketika bertemu Wilayah Persekutuan esok (hari ini) , sebaliknya mahu mereka mempamerkan persembahan terbaik," katanya.

No comments:

Post a Comment