Thursday, July 25, 2013

Mahkamah Benarkan Alvin, Vivian Dilepaskan Dengan Ikat Jamin RM30,000


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini membenarkan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut mengenakan beberapa syarat kepada kedua tertuduh iaitu mereka menyerahkan pasport, dilarang memuat naik gambar lucah, dilarang menggunakan peranti komunikasi rangkaian yang boleh diakses kepada Internet dan melaporkan diri di balai polis berhampiran pada hari pertama setiap bulan.

Pada 18 Julai lalu, Alvin dan Vivian didakwa dengan tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

No comments:

Post a Comment