Tuesday, July 16, 2013

MB Solat Terawih Bersama-Sama 100 Penduduk Di Masjid Kampung Dengir

 

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said menunaikan solat terawih bersama-sama penduduk di Masjid Kampung Dengir, malam semalam.

Selepas menunaikan ibadat itu, beliau sempat menikmati jamuan moreh bersama-sama imam, pegawai dan kaiktangan serta jemaah masjid berkenaan.

Penceramah bebas, Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya, berkata umat Islam perlu menjauhi prasangka buruk pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana sifat berkenaan tidak disukai oleh Allah s.w.t.

Beliau berkata, prasangka buruk telah menyebabkan Kerajaan Islam di zaman Khalifah Saidina Uthman ibni Affan jatuh dan khalifah Islam ketiga itu terbunuh.

Beliau turut meminta rakyat negara ini, khususnya di kalangan umat Islam supaya berhati-hati dalam menyebarkan maklumat melalui internet kerana ia dikhuatiri memfitnah orang lain dan menyebarkan berita tidak tepat.

“Sebagai umat Islam, kita perlu menyemak terlebih dahulu sesuatu berita itu sebelum menyebarkannya agar kita tidak menjadi golongan yang fasik,” ujarnya.

Selain itu, Menteri Besardan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, Tengku Raihan Che Ku Rahman, sempat meluangkan masa melawat jenazah seorang penduduk Kampung Tok Has, yang meninggal dunia petang semalam.

Mereka meluangkan masa hampir sejam menziarahi jenazah Allahyarham Ibrahim Mamat, 69, yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Tok Has.

Ketibaan Menteri Besar dan Tengku Zaihan disambut oleh isteri Allahyarham Ibrahim, Puan Robiah Ismail dan ahli keluarganya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lapan anak yang berusia antara 26 tahun hingga 46 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Univeriti Kubang Kerian akibat komplikasi jantung dan jenazahnya dikebumikan malam semalam. 

Teganukita

No comments:

Post a Comment