Wednesday, July 10, 2013

Nafas Wujud Bank Peladang Tahun Depan

(Nafas) akan melaksanakan cadangan penubuhan Bank Peladang selepas kesemua urusan dan persiapannya selesai tahun depan bagi membantu kira-kira 820,000 ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata bagi mempercepatkan proses pewujudan Bank Peladang itu, Nafas telah melantik juru perunding.

Katanya, pihaknya (Nafas) akan memastikan bank ini adalah milik ahli-ahli pertubuhan peladang.
"Sehingga hari ini, Nafas telah mengumpul dana RM33 juta daripada ahli peladang di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas majlis tilawah al-Quran Peladang peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.

"Kami menyasarkan 1,000 saham dari setiap ahli dan kalau ada 820,000 ahli, kami jangka dapat kumpul dana RM820 juta," katanya.

Saipolbahari berkata Nafas juga menjalin kerjasama dengan Agro Bank di mana 276 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dijadikan agen kepada bank itu.

Nafas juga melatih pekerjanya mengenai selok belok aktiviti perbankan supaya mereka mahir dan berpengalaman menguruskan bank apabila Bank Peladang itu wujud kelak.

No comments:

Post a Comment