Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) menyasarkan kutipan RM7.4 juta untuk mengisi Tabung Pahlawan tahun ini.
Presidennya Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata jumlah itu dua kali ganda berbanding RM3.7 juta yang diperoleh melalui kempen kutipan tahun lepas.
"Untuk memberi kelainan dalam program itu, tahun ini kami lakukan penjenamaan semula dan menambah baik kempen itu antaranya dengan menukar namanya daripada 'Kempen Rayuan Pahlawan' kepada 'Kempen Tabung Pahlawan'.
"Selain itu, kami juga melantik seorang ikon atau duta daripada golongan selebriti negara untuk sama-sama menjayakan kempen itu yang bermula 31 Julai," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
Dalam pada itu, Mohd Anwar berkata semangat patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini terutama generasi muda dilihat semakin meningkat susulan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
No comments:
Post a Comment