Friday, July 26, 2013

Pejabat Pelancongan Terengganu anjur Cabaran Pulau Redang (RIC)

Sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013) dan promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) program Cabaran Pulau Redang (RIC) antarabangsa akan dianjurkan selama tiga hari mulai 14 Sept ini di Pulau Redang.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan negeri Terengganu, Mohd. Sabri Zakaria berkata, RIC menyasarkan 200 peserta melibatkan 100 pasukan iaitu dua peserta bagi setiap pasukan.

"Program RIC melibatkan tiga disiplin iaitu acara renang bermula di Taman Laut Pulau Pinang, berlari serta merentas denai dan hutan di pulau berkenaan sebelum berkayak mengelilingi Pulau Paku,” katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.

Mohd. Sabri berkata, setakat ini 24 pasukan termasuk tiga dari Singapura telah mendaftar untuk menyertai program yang julung kali diadakan di Terengganu itu.

Katanya peserta dari Kenya, Jepun dan Thailand turut memberi persetujuan menyertai program itu. Penganjuran RIC yang mendapat kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Semula Jadi Terengganu (Tenaga) menawarkan hadiah keseluruhan RM18,000 iaitu johan kategori antarabangsa menerima RM3,000 manakala bagi kategori terbuka RM2,000 di samping hadiah iringan lain.

Tarikh tutup RIC pada 31 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment