Friday, July 5, 2013

Peningkatan Kes Dera Di Terengganu Semakin Membimbangkan - JKM

Imbas kembali...Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat salah seorang kanak-kaank mangsa dera  di HSNZ  tidak berapa lama dahulu.
Kes penderaan kanak-kanak di Terengganu kini semakin membimbangkan apabila ia menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak 42 kes penderaan dilapor pada tahun lepas berbanding hanya 22 kes pada tahun 2008 dan ia menunjukkan peningkatan hampir sekali ganda. 


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Mohd Mahdi Musa (kiri) berkata pada tahun 2009, sebanyak 18 kes direkod namun ia meningkat pada tahun 2010 (32 kes) dan 2011 (49 kes).

"Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini pula, sebanyak 15 kes dera sudah dilaporkan kepada JKM," katanya kepada pemberita selepas melawat tiga beradik yang menjadi mangsa dera di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Tiga beradik itu adalah mangsa dera ibu kandung dan bapa tiri mereka di sebuah rumah di taman perumahan di sini, bulan lepas.

Ibu dan bapa tiri kanak-kanak itu dijatuhkan hukan penjara oleh Mahkamah Majistret pada 2 Julai lepas setelah pasangan itu mengaku bersalah mendera kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, nenek kanak-kanak itu bersyukur kerana ketiga-tiga cucunya itu sudah menunjukkan perkembangan positif dan semakin ceria setelah menerima rawatan di hospital itu.

"Cucu mak cik dah selera makan, doktor pun kata keadaannya semakin pulih, dia sudah mula nak bercakap dan bertegur sapa dengan petugas-petugas di wad ini.

"Kami semua tak sabar nak tunggu cucu mak cik ni pulih dan kami sudah berbincang bersama keluarga besan di sebelah Johor untuk sama-sama memelihara mereka sehingga besar," katanya.

No comments:

Post a Comment