Wednesday, July 17, 2013

Pilih Wakil Rakyat Yang Utamakan Rakyat Bukan Minat Berniaga - Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pengundi Kuala Besut membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil 24 Julai ini untuk mengangkat wakil rakyat yang memberi keutamaan berkhidmat untuk rakyat.

Beliau berkata selepas meneliti video di internet jelas calon PAS Endot@Azlan Yusof lebih berminat untuk menjadi seorang ahli perniagaan berbanding menjadi wakil rakyat.

Berdasarkan video itu, katanya, jelas calon lebih fokus kepada bidang perniagaan kerana sanggup mengupah pekerja untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.


"Beliau (calon PAS) disuruh jadi calon tapi berminat untuk berniaga, kita tidak boleh halang, tapi yang jadi keutamaan adalah pengundi dan rakyat di kawasan," katanya.

"Mungkin sebab kesilapan itu dia tidak dibenar beri kenyataan," katanya ketika diminta mengulas mengenai calon PAS yang dilaporkan dibataskan daripada mengeluarkan kenyataan kepada media.

Pada 24 Julai ini, Azlan, seorang ahli perniagaan akan berhadapan bekas jurutera anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Muhyiddin berkata pengumuman projek di Kuala Besut bukan atas sebab PRK Kuala Besut namun ia adalah perkara yang telah lama dirancang dan hanya perlu menunggu peruntukan diluluskan.

Menurutnya perkara itu bukan baru kerana ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah yang perlu kerajaan maklumkan kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment