Wednesday, July 17, 2013

'Rentahan Haram' Halang Pembinaan Pangsapuri Untuk Mangsa Ombak Besar

Ahmad Said 'berkampung' di Kuala Besut bagi memenangkan calon BN....gambar TerengganuToday.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menyifatkan tuduhan pemimpin PAS berhubung pengambilan tanah rakyat oleh kerajaan negeri sebagai tidak berasas.

Katanya, ketika PAS memerintah tahun 1999-2004 banyak tanah kerajaan diserahkan kepada rakyat tanpa melalui kelulusan Jabatan Tanah.

"PAS semasa memerintah banyak memberi tanah kepada penduduk tanpa melalui pejabat tanah sebab itu kerajaan ada peraturan setiap pemohonan tanah mesti melalui beberapa proses di pejabat tanah...parti tidak ada hak beri tanah," katanya.


PAS mendakwa kerajaan Barisan Nasional Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Sabtu lalu. Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan kerajaan Terengganu yang ditadbir PAS pada 1999 hingga 2004.



Laporan TerengganuToday yang memetik Penolong Pegawai Tanah (Kanan) Besut, Mohd Noor Azahar (gambar atas) berkata, pihak Pejabat Tanah Besut pada 4 Oktober 2012 menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak mengikut undang-undang Seksyen 426 iaitu memindahkan mana-mana bangunan atau mengambil milik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Katanya kalau tidak berbuat demikian, pembinaan awal tapak flat tidak dapat dijalankan dan penduduk mangsa ombak besar di Pengkalan Atap akan terus berada dalam keadaan bahaya.

Ketika PAS memerintah (1999-2004) didapati banyak rumah atau bangunan yang dibina ditanah kerajaan secara rentahan haram telah dirobohkan untuk keperluan kerajaan semasa itu kerana ia adalah prosedur biasa Pejabat Tanah dan pihak berkuasa.

Kerajaan BN yang hendak membina pangsapuri perumahan rakyat setinggi empat tingkat yang dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 13 Julai lalu pun difitnah dengan isu-isu yang diputar belitkan oleh Pas.

Pangsapuri tersebut mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh telah mula difitnah oleh Pas dengan isu kononnya menzalimi rakyat.

Kerajaan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembinaan flat empat tingkat untuk perpindahan rakyat dari Kampung Pangkalan Atap Kuala Besut yang dilanda ombak, berikutan rentahan haram dan binaan bangunan di atas tanah kerajaan oleh seorang dua itu.

Amat nyata mereka yang terbabit itu sebenarnya melanggar undang-undang “Rentahan Haram” di tanah kawasan Bangsal Lembu Kampong Tok Saboh, Mukim Kuala Besut, Daerah Besut.

Kesalahan yang mereka lakukan ialah di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu ‘MENDIRIKAN BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN’.

Sebagaimana yang disebut di dalam notis itu kesalahan mendirikan bangunan di atas kerajaan, jika disabitkan kesalahannya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 ribu atau dihukum penjara bagi satu jangka masa tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali atau tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 426 1 (C) di bawah akta yang sama iaitu tanpa waran memusnahkan, membinasa atau memindahkan mana-mana bangunan atau mengambilmilik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Jadi, selagi mereka tidak meninggalkan rentahan haram di tanah milik kerajaan itu, selagi itu flat untuk rakyat tidak dapat dibina dan menyusahkan penduduk-penduduk yang sedang menunggu untuk berpindah ke flat itu dari kawasan pantai yang dilanda ombak.


Oleh itu pihak Pejabat Tanah telah menghantar beberapa kali notis kepada yang membuat rentahan haram itu tetapi mereka tidak menghiraukan notis tersebut. (sila lihat lampiran notis kepada Encik Rosli Jaafar bertarikh 8 Februari 2012 dan juga Encik Ramli Jaafar bertarikh 15 Julai 2012).

Namun notis itu tidak dihiraukan, termasuk yang ditampal di bangunan haram yang di bina di atas tanah kerajaan itu.

No comments:

Post a Comment