Friday, July 5, 2013

PRK: Jaga Adab Berkempen Ketika Ramadan

Calon atau penyokong yang terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai ini dinasihat menjaga akhlak dan adab sepanjang berkempen sebagai menghormati bulan Ramadan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, memandangkan ia diadakan pada bulan Ramadan, kempen yang dijalankan seharusnya tidak tercemar dengan hal-hal tidak baik.

"Saya mengharapkan sepanjang tempoh penamaan calon sehinggalah tarikh pilihan raya, kita harus menjaga akhlak dan adab kita masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang amat besar nilainya bagi umat Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan program Ramadan TV AlHijrah hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu ditetapkan pada 24 Julai, pengundian awal 20 Julai manakala tarikh penamaan calon ialah 12 Julai.

No comments:

Post a Comment