Lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada 24 Julai ini sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut diberikan cuti berganti.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata lapan sekolah itu melibatkan seramai 4,727 pelajar dan cuti tersebut akan diganti pada Sabtu, 7 Sept ini.
"Semua sekolah itu dibenarkan bercuti pada hari Rabu ini namun akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurutnya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail, SK Alor Peroi, SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri.
No comments:
Post a Comment