Monday, July 1, 2013

PRK Kuala Besut - Muhyiddin Ketuai Jentera BN, Idris Jusoh Timbalan


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai jentera dan kempen Barisan Nasional

(BN) bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Sementara itu Menteri Pendidikan II yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai timbalan bagi membantu menggerakkan jentera BN.

Pada sidang media di bangunan Parlimen, Muhyiddin berkata, BN bersedia untuk menghadapi pilihan raya bagi kawasan itu selepas penyandangnya, Dr. A. Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat kanser paru-paru Selasa lepas.

"Kita sedia untuk menerima keputusan SPR mengenai kedudukan kerusi itu.

"Kita harap pengundi yang sebelum ini mengundi Allahyarham Dr Rahman akan membuat keputusan yang sama membantu (memenangkan) calon yang akan kita namakan nanti," katanya di Kuala Lumpur, Isnin.

SPR telah menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN) Kuala Besut.


No comments:

Post a Comment