Wednesday, July 17, 2013

Sebuah Sekolah Menengah Baru Buat Rakyat Kuala Besut


Sebuah sekolah menengah baru bernilai RM28 juta akan dibina di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut, bagi menempatkan pelajar di sekitar kawasan berkenaan.

Dengan adanya kemudahan itu, pelajar tidak perlu berulang-alik dengan jarak yang jauh dan meringankan beban ibu bapa mereka.

Timbalan Perdana Menteri yang menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Cadangan Membina & Menyiapkan Projek SMK Alor Peroi, petang semalam, mengumumkan pembinaan sekolah itu akan dimulakan Ogos ini.


Katanya, sekolah itu akan menempatkan 30 bilik darjah dan dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer dan sains serta pelbagai kelengkapan lain.

“Sekolah baru yang dirancang ini akan dibina dengan kemudahan setanding dengan sekolah lain,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Haji Mazlan Ngah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Zuber Embong dan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Tan Sri Muhyiddin berkata, rakyat Malaysia amat bertuah kerana Kerajaan BN menyediakan kemudahan di bidang pendidikan yang tidak terbatas.

“Kita menyediakan kemudahan pendidkan di peringkat rendah dan menengah di seluruh negara di mana kira-kira 90 peratus rakyat mendapat pendidikan peringkat berkenaan,” ujar beliau.

Beliau berkata, kejayaan menyediakan pendidikan yang tidak terbatas kepada rakyat merupakan pencapaian dan kejayaan terbesar Kerajaan BN dan tradisi tersebut akan diteruskan.

No comments:

Post a Comment