Wednesday, July 17, 2013

Terengganu Tarik Pelaburan Melalui ECER 18.62 Billion Sejak 2007

Wilayah Ekonomi Pantai Timur  (ECER) menarik pelaburan bernilai RM49 bilion sejak 2007, yang mewujudkan hampir 40,000 pekerjaan kepada rakyat.

Sepanjang separuh pertama tahun ini sahaja, ECER berjaya menarik kira-kira RM23.64 bilion nilai pelaburan, melepasi sasran pelaburan ECERDC bagi tahun 2013 sebanyak RM15 bilion.

Pahang berjaya menarik pelaburan terbesar setakat itu, sebanyak RM23.31 bilion sejak 2007 dan mewujudkan 24,000 pekerjaan, diikuti Terengganu sebanyak RM18.62 bilion (10,850 pekerjaan), Kelantan RM5.79 bilion (4,850 pekejaan) dan Daerah Mersing Johor sebanyak RM1.61 bilion (208 pekerjaan).

Kenyataan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), menyebut antara 2010 dan 2013, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan hampir RM200 juta untuk melaksanakan 448 projek di bekas kawasan pembangunan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) menerusi inisiatif Dana Khusus yang memberi manfaat kepada 494,000 penduduk tempatan.

Projek itu termasuk kemudahan infrastruktur dan sosioekonomi seperti penyelenggaraan dan pembinaan jalan, sistem perparitan, dewanorang ramai, surat dewan solat dan padang permainan.

Sementara itu, RD Paper Sdn Bhd bakal melabur RM26 juta untuk memajukan pusat kitar semula sehenti di Kuala Terengganu, yang merupakan pusat teknologi mesra awal paling canggih di ECER.

Ganu Dotcom Sdn Bhd yang berpejabat di Kemaman pula merancang melabur RM17 juta untuk membangunkan butik fesyen maya, yang menekankan e-dagang dan pelancongan runcit.

Heritage Farm (M) Sdn Bhd pula akan melabur RM7 juta bagi membangunkan ladang akuakultur bersepadu untuk udang dan ikan di Kuala Terengganu.

Manakala Tok Bali Dockyard & Engineering Sdn Bhd pula melabur RM5 juta untuk membina hanger kapal di Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali yang dimajukan oleh ECERDC.

No comments:

Post a Comment